KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan telah memansuhkan kelulusan kuota permit import (AP) bagi beberapa bahan makanan, namun sebarang kemasukan makanan halal tetap tertakluk kepada Perenggan 5 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.
Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan perenggan berkenaan menetapkan semua makanan dan barang import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal, melainkan jika makanan dan barang import itu mematuhi kehendak perenggan 4 atau diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara diiktiraf Jakim.
"Bagi memastikan status halal makanan yang diimport, Jakim telah mengiktiraf 84 badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia.
"Ia berfungsi sebagai badan bertanggungjawab menyelia dan mengawal pelaksanaan sistem halal di rumah sembelihan yang diluluskan untuk mengeksport daging ke Malaysia dan industri yang mengeksport produk mereka ke dalam negara," menurut sekretariat berkenaan dalam kenyataan kepada Bernama.
Pada 18 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport produk makanan ke negara ini berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan bekalan makanan yang mencukupi di negara ini.
Sekretariat itu menyatakan pihak industri di peringkat antarabangsa yang mengeksport produk mereka ke Malaysia juga sangat memahami keperluan dan standard halal negara yang ketat dan menyedari bahawa keupayaan mereka mematuhi keperluan dan standard halal Malaysia sebagai satu penanda aras tinggi bahawa produk mereka boleh diterima sebagai halal di peringkat antarabangsa.
Menurut sekretariat itu pengesahan dan pensijilan halal yang dikeluarkan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan dan melalui tapisan dan semakan yang ketat di setiap peringkat.
"Ada banyak peringkat dan tapisan yang perlu dilalui sebelum sesuatu kelulusan atau pengesahan halal diberikan. Jakim mengamalkan pengasingan (impartiality) dalam menjalankan tugasan demi menjaga integriti halal dan ketelusan," menurut kenyataan itu.
Berhubung rumah sembelihan luar negara, sekretariat berkenaan menyatakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan JAKIM dengan kerjasama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf sentiasa memastikan rumah sembelihan luar negara yang mendapat kelulusan mengeksport daging mereka ke Malaysia adalah mematuhi keperluan halal seperti yang telah ditetapkan.
Sekretariat itu memaklumkan rumah sembelihan atau loji pemprosesan yang diluluskan mengeksport produk mereka ke Malaysia dikehendaki melaksanakan sistem halal sepenuhnya berdasarkan keperluan di dalam Malaysian Protocol for the Halal Meat and Poultry Production dan MS Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage - General Guidelines (MS 1500:2009).
"Rumah sembelihan itu turut dipantau oleh pihak berkuasa di negara mereka sendiri dan mereka terikat dan wajib mematuhi keperluan-keperluan sebagai pengeksport yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara mereka," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Bagi memastikan status halal makanan yang diimport, Jakim telah mengiktiraf 84 badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.
Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.
Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.
Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im
Pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
Syarikat Jepun mahu tembusi lebih jauh pasaran halal di Malaysia
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) edisi ke-18 menjana minat amat besar terhadap produk makanan Jepun yang diperakui halal.
Kemasukan makanan halal tetap tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan
Jakim telah mengiktiraf 84 badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia.
Jalinan kasih nenek, dua cucu berlainan agama tetap utuh
Tanggungjawab itu dipikul V Chandra selepas cucu-cucunya kematian ibu mereka tahun lalu akibat Covid-19.
Atlet beragama Islam selesa di Perkampungan Atlet Clark dengan makanan halal, bilik solat
Pesilat Brunei, Anisah Najihah Abdullah berpuashati dan kagum dengan kemampuan tuan rumah menyediakan kemudahan terbaik untuk atlet yang bertanding, selain turut peka dengan menyediakan makanan halal.
Wanita Muslim belanja lebih RM335 bilion semasa melancong
Laporan 'CrescentRating Muslim Women in Travel 2019' menunjukkan wanita Islam membentuk 45 peratus daripada pelawat Muslim di peringkat global.
Hai orang Malaysia, salam dari Azerbaijan!
Tidak keterlaluan jika katakan Baku, Azerbaijan seperti kota London!